
Kepadatan penduduk punca Selangor catat kes Covid-19 tinggi
SHAH ALAM, 15 Julai – Kepadatan penduduk merupakan punca Selangor yang kini mempunyai 6.5 juta penduduk merekodkan kes Covid-19 antara yang tertinggi di negara ini.
Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud berkata perkara itu dapat dilihat di kawasan seperti Petaling yang merekodkan jumlah kes yang tinggi susulan penduduk yang padat.
“Terdapat satu fasa apabila Selangor berada di tempat ketiga tertinggi kes COVID-19 iaitu di belakang Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bersatu-Bukit Antarabangsa) berhubung punca jumlah kes COVID-19 tinggi di Selangor.
Dalam pada itu, Dr Mariah berkata Selangor juga telah mengambil langkah awal menangani penularan wabak tersebut dengan melakukan ujian saringan ke atas kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas.
“Saya rasa kerajaan negeri berjaya (tangani penularan) kerana kita dapat membendung perebakan wabak dalam kalangan komuniti dan 10 kes yang aktif (direkodkan) di Sepang semalam pun adalah disebabkan oleh warga asing di depoh tahanan,” katanya.
– BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...