MU kembali ke Stadium Hang Tuah

Masa Membaca:49 Saat

SELEPAS lebih tiga bulan mengosongkan Stadium Hang Tuah, Melaka United (MU) kembali menjalani latihan di padang berkenaan buat pertama kalinya ekoran penularan Covid-19.

Ketua Jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan berkata, kebenaran telah diberikan kepada pasukannya untuk menjalani latihan di Stadium Hang Tuah dan Stadium Hang Jebat memandangkan pihak Malaysia Football League (MFL) telah memberikan kelonggaran dalam sesi latihan melibatkan sentuhan bermula hari ini.

“Setakat ini memang kita dah dapat kebenaran untuk berlatih di kedua-dua stadium sebagai persiapan untuk pembukaan liga tidak lama lagi.

“Walau bagaimanapun, setiap latihan kita masih mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sehinggalah kelonggaran baharu (latihan dengan sentuhan) akan digunapakai bermula esok (hari ini),” katanya.

Mengulas lanjut, Zainal berkata kelonggaran baharu yang diberikan dalam sesi latihan itu amat penting memandangkan sentuhan dan ‘tackling’ amat diperlukan dalam bola sepak.

“Terima kasih kepada MFL dan juga kerajaan yang telah mengumumkan SOP baharu untuk bola sepak mulai minggu ini kami boleh mula berlatih, lebih kepada taktikal dan juga perlawanan-perlawanan persahabatan,” jelasnya.

Views:

517
Kongsi :
Previous post Lambakan kapal jejas pendapatan nelayan
Next post Rugi RM101,900 angkara ‘laptop’
Ubah saiz-+=