Sorting by

×

Lebih 18,500 dos vaksin diberikan di PPV Merlimau – Roslan

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 30 Julai – Sebanyak 18,500 suntikan vaksin telah diberikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Datuk Haji Ahmad Ithnin Merlimau, setakat Rabu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Roslan Ahmad berkata, daripada jumlah itu 11,500 adalah pemberian dos pertama dan lebih 7,000 vaksin bagi dos kedua.

“Jumlah ini sekali gus mencatatkan purata seramai 300 orang sehari yang telah menerima vaksin di PPV tersebut.

“PPV ini turut menerima individu dari kawasan Rim, Selandar, Batang Melaka, Serkam dan Sungai Rambai bagi suntikan vaksin sejak mula dibuka pada 24 Mei lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa bersiaran secara langsung bagi rancangan ‘Apa Khabau YB’ di Melakafm, pagi semalam.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) juga dalam perancangan untuk membuka satu lagi PPV baharu di Umbai.

“Insya-Allah KKM akan buka lagi PPV di Umbai, tapi sementara ni dari 24 Mei sampai semalam (Rabu) PPV Merlimau ‘cover’ (tampung) penduduk dari Merlimau, Serkam, Sungai Rambai, Rim, Selandar Batang Melaka.

“Selepas ini apabila PPV di Umbai dibuka, mungkin PPV ini akan ‘cover’ di sebelah Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam sampai ke Telok Mas semua,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

517
Kongsi :
Previous post 2 kakitangan PKD Jasin didakwa tipu pembayaran tidak wujud hampir RM10,000
Next post ‘Risau pemain MUFC letih’
Ubah saiz-+=