Sorting by

×

Seorang lelaki warga Bangladesh tertimbus dalam runtuhan pembinaan LRT 3 di Klang

Masa Membaca:39 Saat

SHAH ALAM 29 Julai – Seorang pekerja binaan warga Bangladesh tertimbus dalam insiden runtuhan perancah pembinaan laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) di Bandar Bukit Tinggi, Klang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kemalangan tersebut pada 2.41 petang dan sampai di lokasi kejadian 17 minit kemudian dan operasi untuk menyelamatkan lelaki itu sedang dijalankan.

Beliau berkata empat mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan itu hanya mengalami cedera ringan.

“Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Andalas, Penolong Pengarah Operasi Negeri dan pegawai dari bahagian operasi negeri kini berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Shah Alam terlibat dalam operasi tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

610
Kongsi :
Previous post COVID: Dua hari berturut-turut kes baharu melebihi 17,000
Next post SUK Melaka bersara hari ini
Ubah saiz-+=