
Kadar vaksinasi harian melebihi 500,000 dos tiga hari berturut-turut – Dr Adham
KUALA LUMPUR 29 Julai – Sebanyak 552,701 dos suntikan vaksin dilaporkan dilaksanakan di seluruh negara semalam (Rabu) menjadikan ia hari ketiga berturut-turut Malaysia merekodkan pemberian vaksin harian melebihi 500,000 dos.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin dalam laman Twitternya berkata, daripada jumlah itu, seramai 353,771 individu menerima dos pertama dan 198,930 lagi melengkapkan dos kedua.
Jumlah pemberian vaksin COVID-19 harian tertinggi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Februari lepas adalah pada Selasa dengan 553,871 dos suntikan, manakala Isnin mencatatkan 521,923 dos.
Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melalui laman Twitter memaklumkan secara kumulatifnya, sebanyak 18,946,048 dos sudah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam, meliputi 12,841,212 orang untuk dos pertama dan 6,104,836 bagi dos kedua.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...