
Tergamaknya kau…
Gombak: Seorang wanita diragut ketika membantu suaminya yang berkerusi roda menaiki kenderaan e-hailing di sebuah flat Taman Selayang Makmur, Batu Caves di sini, Khamis lalu.
Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 50 saat mengenai kejadian itu tular di media sosial sejak Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa bersama suaminya hendak menaiki kenderaan e-hailing untuk ke Hospital Selayang.

Katanya, wanita berusia 57 tahun itu kemudiannya dihampiri lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha NVX dan membawa beg penghantar.
“Lelaki itu bertindak meragut rantai emas milik mangsa dan melarikan diri,” katanya dalam kenyataan seperti dilaporkan Harian Metro, hari ini.
Zainal Mohamed berkata, kejadian itu mengakibatkan mangsa kerugian RM3,500.
Katanya, polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan.
“Mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Amirul di talian 03-61262222 atau 019-3491233 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...
KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI
REMBIA 21 April - Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUNGAI RAMBAI, KEMBALIKAN NOSTALGIA BERAYA DI KAMPUNG
SUNGAI RAMBAI 21 April - Pemilihan rumah tradisional Melayu lama sebagai tapak penganjuran, menghidupkan kembali nostalgia menyambut hari raya di...
RV PARK TETC LENGKAP DENGAN KEMUDAHAN, ANTARA YANG TERBAIK DALAM NEGARA
RIM 21 April - Pelbagai kemudahan asas yang lengkap menjadikan Taman Kenderaan Rekreasi (RV Park) di Taman Extreme Tasik Chinchin...
LEBIH 5,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN REMBIA
REMBIA 20 April - Lebih 5,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Kompleks Japerun...
SISTEM KEMASUKAN KE MRSM, SBP AKAN DISELARAS MULAI JANUARI TAHUN DEPAN – TPM AHMAD ZAHID
LENGGONG 20 April - Sistem kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan diselaraskan mulai...