Ketua balai ‘berhibur’ di dalam balai polis ditahan kerja mulai hari ini

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

Kuala Lumpur: Ketua balai polis yang positif dadah dan terbabit parti liar di sebuah balai di Kajang, dikenakan tidakan tahan kerja bermula hari ini, lapor Harian Metro.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad.

Beliau memaklumkan tujuh individu lain yang ditahan bersama pegawai itu dibebaskan dengan jaminan.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati pegawai polis berkenaan positif dadah jenis ganja dan direman dua hari untuk siasatan lanjut,” katanya dihubungi Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, siasatan kes itu turut dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kajang.

“Manakala JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan selari berkaitan salah laku dan pelanggaran tatatertib anggota dan pegawai berkenaan,” katanya.

Media semalam melaporkan JIPS Bukit Aman menahan seorang ketua balai polis bersama tiga anggotanya yang berhibur bersama empat wanita yang juga orang awam di sebuah balai polis di bawah pentadbiran IPD Kajang, Selangor.

Ketua balai berpangkat sub inspektor bersama dua anggotanya berpangkat koperal dan seorang koperal sokongan ditahan selepas menjadikan sebuah bilik di balai polis itu seperti disko dengan lampu berputar turut dipasang di dalamnya.

Polis turut merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon dan televisyen.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1663
Kongsi :
Previous post PM Muhyiddin ucap selamat Hari Sarawak kepada rakyat Sarawak
Next post Elak syak wasangka, jururawat tunjuk jarum depan penerima vaksin
Ubah saiz-+=