Sorting by

×

Golongan terjejas lega jika Melaka beralih ke fasa dua – Ridhwan

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 20 Julai – Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) menyokong penuh permintaan kerajaan negeri untuk beralih kepada fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Presiden MGBM Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata sudah tentu peralihan fasa itu akan memberi lebih kelonggaran buat rakyat Melaka.

“Memang kita harapkan untuk beralih kepada fasa dua sebab fasa ini ada lebih banyak kelonggaran.

“Sebab kita tahu ramai peniaga kecil dan orang yang mempunyai syarikat pun terjejas, mereka terpaksa potong gaji pekerja dan ada yang diberhentikan kerja.

“Belum lagi mereka yang terkesan tidak mampu bayar sewa rumah dan sebagainya, jadi bila Melaka boleh beralih fasa sudah pasti ia dapat melegakan banyak pihak,” katanya kepada MHI.

Jelasnya bagaimana beberapa strategi juga perlu dilaksanakan kerajaan jika mahu beralih kepada fasa dua.

“Kita perlu ada strategi macam mana untuk memvaksinkan pekerja-pekerja kilang kemudian bolehlah Melaka masuk kepada fasa pemulihan yang seterusnya.

“Kalau nak harapkan kes COVID-19 di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Melaka bawah 70 peratus itu mustahil sebab kita hanya ada satu hospital besar.

“Paling tidak pun kita hanya boleh tambah lagi fasiliti di Hospital Melaka, tapi situasinya masih sama kerana kemasukan pesakit yang semakin ramai,” katanya.

Terdahulu kerajaan negeri meminta kementerian berkaitan agar menilai semula peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) membabitkan negeri-negeri kecil seperti Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, ia berikutan, beberapa indikator yang ditetapkan untuk peralihan fasa PPN dilihat seolah-olah tidak adil untuk negeri tertentu terutamanya membabitkan fasiliti kesihatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

437
Kongsi :
Previous post Tindakan tegas terhadap pihak langgar SOP solat Aidiladha di Pulau Pinang – KDN
Next post PKPD di enam lokaliti Sabah, dua di Sarawak – TPM
Ubah saiz-+=