Sorting by

×

Sinovac dan Pfizer sama berkesan melawan COVID-19 – Dr Noor Hisham

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Data perubatan mengenai penggunaan vaksin menunjukkan vaksin Sinovac dan Pfizer sama berkesan dalam melawan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam catatan Facebook hari ini, Dr Noor Hisham berkata pada 7 Julai, New England Journal of Medicine menerbitkan laporan mengenai pengalaman Sinovac di Chile mulai Februari hingga Mei 2021 yang melibatkan 4.2 juta individu diberi vaksin sepenuhnya berbanding 5.5 juta penduduk yang tidak diberi vaksin.

“Sinovac didapati boleh mengurangkan jangkitan COVID-19 sebanyak 65.9 peratus, mengurangkan rawatan di hospital sebanyak 87.5 peratus, mengurangkan jumlah pesakit ditempatkan unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 90.3 peratus dan mengurangkan kadar kematian sebanyak 86.3 peratus,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata ujian Pfizer sebaliknya yang melaporkan keberkesanan 95 peratus adalah sangat kecil dan hanya menganalisis 170 kes COVID-19 melibatkan sekumpulan lapan individu yang divaksinasi dan 162 orang yang tidak divaksinasi.

Oleh itu, beliau berkata tidak banyak perbezaan antara vaksin Sinovac dan Pfizer dalam penggunaannya.

“Kedua-duanya sangat berkesan untuk mencegah penyakit yang teruk dan dimasukkan ke hospital, tetapi kurang efektif untuk melawan COVID-19 bergejala ringan atau tanpa gejala,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

405
Kongsi :
Previous post Polis siasat video tular pelanggaran SOP solat Aidiladha
Next post Polis Pulau Pinang mohon maaf
Ubah saiz-+=