Sorting by

×

Pengorbanan ‘wira negara’

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat
DAK MAT

KITA bicara juga tentang para petugas kesihatan khusus mengendali pesakit COVID-19. Tekanan yang dihadapi mereka cukup hebat.

Di saat ini, mereka melakukan apa saja bagi memastikan khidmat yang diberi adalah yang terbaik.

Bukan sedikit pengorbanan mereka. Ada yang bekerja 48 jam terus menerus. Bekerja pula di bawah tekanan.

Bertugas dengan pakaian PPE yang lengkap.
Suasana kebanyakan hospital pula telah sampai di tahap kritikal.

Katil untuk pesakit tidak mencukupi. Peralatan juga terhad kerana pesakit yang ramai.

Para petugas kesihatan juga manusia. Tentunya mereka punya hati dan perasaan. Bayangkan di sebalik kegigihan mereka ‘berjuang’, bilangan yang dijangkiti semakin meningkat.

Tidak mustahil ada di antara mereka yang akan jatuh moralnya. Jika ini terjadi, ianya mengarah kepada putus asa.

Akhirnya mereka akan ‘burn out’, tiada motivasi, letih minda dan rasa tidak dipedulikan.

Jangan kita biarkan ianya terjadi. Sebagai petugas barisan hadapan, mereka adalah benteng utama dalam ‘peperangan’ ini.

Santunilah mereka sentiasa agar sentiasa bersemangat melawan pandemik ini.

Selemah-lemah peranan kita demi memastikan mereka kekal bermotivasi, patuhilah SOP! Ikut arahan yang ditetapkan.

Kita boleh melandaikan lengkuk geraf serta menurunkan kadar jangkitan.

Ini sudah memadai. Jika mampu berbuat lebih, sumbanglah apa jua yang dapat memudahkan tugas mereka.

Hargai dan pedulilah dengan kerja keras mereka melawan pandemik ini.

Dak Mat : Tak salah guna surat MITI

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

626
Kongsi :
Previous post ‘Lagi meriah raya dalam PKRC’
Next post Aidiladha : Aliran trafik lengang di beberapa lebuh raya utama
Ubah saiz-+=