Sorting by

×

KM tunai solat Aidiladha di Lendu

Masa Membaca:40 Saat

LENDU 20 Julai – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha bersama 100 jemaah di Masjid Al Mujib, Kampung Durian Daun, di sini.

Beliau tiba di perkarangan masjid di kampung kelahirannya itu kira-kira jam 8.15 pagi.

Kemudiannya, beliau bersama-sama jemaah yang hadir mengalunkan takbir raya dan selepas itu diberi penghormatan berucap menyantuni jemaah yang hadir.

Usai berucap, Sulaiman dan jemaah menunaikan menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan Imam 1 Masjid Al Mujib, Ustaz Hishamuddin Soleh yang seterusnya menyampaikan khutbah Aidiladha.

Difahamkan, Sulaiman akan turut menyertai ibadah korban di masjid berkenaan bermula jam 10 pagi hingga petang ini.

Sebanyak 15 ekor lembu akan dikorbankan di Masjid Al Mujib yang akan dijalankan secara berperingkat selama dua hari.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

653
Kongsi :
Previous post PM sertai 300 jemaah tunai solat Aidiladha di Masjid Negara
Next post PICK fasa 2 mula tunjuk keberkesanan – Dr Noor Hisham
Ubah saiz-+=