
Berbuat baik sesama manusia
ALOR SETAR 18 Julai – Polis Kontinjen Kedah memberi bantuan pengurusan jenazah ke atas keluarga Allahyarham suspek kes menconteng tembok Istana Anak Bukit dan mencederakan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada 15 Julai lalu.
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dalam kenyataan hari ini memaklumkan, arwah telah meninggal dunia dalam kemalangan semasa melarikan diri dari pihak polis di Bedong Sungai Petani pada hari kejadian.

“Bantuan van jenazah disediakan oleh IPK Kedah setelah selesai bedah siasat dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah untuk membawa jenazah ke tanah perkuburan di Masjid Chegar, Alor Setar.
“Tindakan dilakukan ini adalah keprihatinan dan rasa empati PDRM terhadap keadaan keluarga arwah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat serta seluruh warga PDRM Kontinjen Kedah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
BERITA BERKAITAN: Lelaki dipercayai conteng dinding istana dan tumbuk polis, maut
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS TEMBAK MATI PENJENAYAH DI BUKIT MERTAJAM
BUKIT MERTAJAM 11 Mac - Seorang penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok...
TAK MAHU BELI BAJU RAYA, PETANDA AISAR AZIM AKAN PERGI SELAMANYA – KELUARGA
SEREMBAN, 11 Mac - Permintaan untuk tidak membeli baju raya tahun ini menjadi petanda pemergian seorang remaja, Aisar Azim Abdullah,...
CUMA 20 PERATUS PEGAWAI, ANGGOTA BOMBA MELAKA DIBENARKAN CUTI RAYA
JASIN 10 Mac - Hanya 20 peratus daripada keseluruhan 496 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka...
REZEKI ORANG DUYONG KIAN MELIMPAH
BANDARAYA MELAKA 11 Mac - Pelbagai program berbentuk keagamaan dan kerohanian yang memberikan manfaat kepada penduduk, khusus golongan kurang berkemampuan...
BOMBA TERUS BERJASA, SUMBANG 40 BAKUL RAMADAN KEPADA ASNAF
JASIN 10 Mac - Bukan sekadar berjasa setiap kali berlaku bencana atau kecemasan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka...
PEGAWAI KESELAMATAN RUGI LEBIH RM300,000 DITIPU PHONE SCAM
CHUKAI 10 Mac - Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket ‘phone scam’....