Polis rampas 1,069 mesin bitcoin bernilai RM5.3 juta di Miri
MIRI 16 Julai – Polis Miri merampas 1,069 unit mesin Bitcoin keseluruhannya bernilai RM5.3 juta dalam tempoh tiga bulan tahun ini.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata, rampasan itu dilakukan dalam operasi bersama Sarawak Energy Berhad (SEB) di bandar raya Miri antara Februari hingga April lalu.
Beliau berkata lapan individu turut ditahan kerana terlibat menjalankan aktiviti perlombongan Bitcoin dengan menggunakan tenaga elektrik yang dicuri daripada talian bekalan elektrik SEB sepanjang tempoh itu.
“Seramai enam individu telah dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri bekalan elektrik dan telah dijatuhkan hukuman denda sehingga RM8,000 dan penjara sehingga lapan bulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Kesemua rampasan untuk kes yang telah diselesaikan di mahkamah itu dilupuskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri hari ini.
Beliau berkata SEB mengalami kerugian sejumlah RM8.4 juta yang berpunca daripada kecurian bekalan elektrik untuk tujuan aktiviti melombong bitcoin di sini.
“Aktiviti melombong bitcoin dengan mencuri bekalan elektrik ini telah menyebabkan gangguan elektrik yang kerap dan sepanjang 2021, sebanyak tiga rumah telah terbakar akibat daripada penyambungan bekalan elektrik secara haram,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA TERIMA KUTIPAN ZAKAT LEBIH RM120 JUTA TAHUN 2024
AYER KEROH 19 Disember - Melaka merekodkan kutipan zakat lebih RM120.3 juta setakat 18 Disember, meningkat sebanyak 4.223 juta atau...
MASUK PERCUMA, MACAM-MACAM ADA DI FESTIVAL HALAL ANTARABANGSA MELAKA
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Orang ramai berpeluang mengunjungi Festival Halal Antarabangsa Melaka 2024 (MIHF'24) secara percuma bagi mendapatkan produk-produk...
PELAYARAN MINI AMAZON, SEA CRUISE ANTARA PRODUK BAHARU MELAKA TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bakal meluncurkan beberapa produk tarikan baharu dalam usaha...
5 TEMPAT PALING ‘BEST’ DI SUNGAI MELAKA
SUNGAI Melaka yang turut dikenali sebagai 'Venice of the East' merupakan antara destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan...
BANTUAN SEKOLAH ANAK ASNAF, MISKIN, MUALAF DINAIKKAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Bantuan persekolahan bagi anak asnaf fakir, miskin dan mualaf seluruh Melaka dinaikkan kepada RM350 berbanding...
‘UJIAN ALLAH, KUATKAN IKATAN KASIH KAMI’
AYER KEROH 19 Disember - Ujian yang dilalui ketika ini tidak sesekali menjadi satu bebanan buat Nurlidaini Jaafar, 38, sebaliknya...