
Penjadualan vaksin kumpulan pertama pemandu teksi, E-hailing telah dimulakan
PUTRAJAYA 16 Julai – Proses penjadualan pemberian vaksin COVID-19 bagi kumpulan pertama pemandu teksi, e-hailing dan penunggang p-hailing yang melibatkan lebih 50,000 orang dalam perkhidmatan berkenaan telah dimulakan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata Kementerian Pengangkutan telah menerima senarai nama daripada pengendali dan syarikat perkhidmatan tersebut pada pertengahan Jun lepas dan kumpulan pertama itu melibatkan kira-kira 41,488 pemandu teksi dan e-hailing serta 11,527 penunggang p-hailing.
Mengulas kenyataan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh untuk menyegerakan proses vaksinasi pemandu teksi, e-hailing dan p-hailing, Wee melalui Facebook beliau hari ini berkata, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) akan memaklumkan mengenai jadual vaksinasi kumpulan terbabit.
Menurutnya, senarai tambahan 57,931 penunggang p-hailing juga telah diserahkan untuk pertimbangan CITF.
Memahami situasi pandemik COVID-19 ketika ini, Wee berkata pihaknya mensasarkan lebih 300,000 pemandu pengangkutan awam termasuk perkhidmatan p-hailing di Lembah Klang menerima suntikan vaksin COVID-19 secepat mungkin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...