Sorting by

×

Bomba bantu usung lelaki 138 kg ke hospital

Masa Membaca:52 Saat

MERLIMAU 15 Julai – Seramai lapan anggota bomba dikerahkan ke Kampung Seri Minyak, Umbai, di sini bagi mengangkat seorang lelaki seberat 138 kilogram (kg) untuk dihantar ke Hospital Melaka, hari ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.32 petang sebelum tiba ke lokasi kira-kira 10 minit.

Katanya, pesakit berusia 39 tahun itu hanya mengalami gejala demam, namun semua anggota lengkap berpakaian set pelindung diri (PPE) sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang musim pandemik COVID-19.

“Kita dihubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menjalankan khidmat khas mengangkat pesakit obesiti yang demam untuk dihantar ke Hospital Melaka.

“Seramai lapan anggota membantu mengangkat pesakit itu ke sebuah lori angkut sebelum menghantarnya ke Hospital Melaka.

“Tugas ini juga tertakluk dalam skop tugas pihak bomba yang mana kita akan menggunakan pelbagai sumber untuk menyelamatkan apa jua keadaan mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya, operasi membantu mangsa terkawal dan selesai jam 3 petang tadi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

409
Kongsi :
Previous post Kelonggaran bagi penerima lengkap vaksin COVID-19 dipertimbang – Muhyiddin
Next post Gomez, Adriano sedia ‘sengat’ Tok Gajah
Ubah saiz-+=