Warga emas di Melaka belum terima vaksin perlu hubungi Bilik Gerakan Vaksin

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH – Warga emas berusia 60 tahun ke atas jika belum divaksin disaran untuk menghubungi Bilik Gerakan Vaksin Negeri dan Daerah secepat mungkin.

Exco Kesihatan, Datuk Rahmad Mariman berkata, ia berikutan data menunjukkan masih ada golongan berkenaan yang sepatutnya divaksin pada Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), belum menerimanya.

RAHMAD. Foto fail.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Vaksin Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di talian 06-2356876 atau 06-2930164.

“Bagi daerah Melaka Tengah, mereka boleh menghubungi Bilik Gerakan Vaksin Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah di talian 013-2077332 atau 06-2823760.

“Sementara bagi penduduk di daerah Alor Gajah boleh menghubungi PKD Alor Gajah di talian 011-64690452, manakala bagi penduduk daerah Jasin boleh menghubungi PKD Jasin di talian 014-3223623 atau 06-5291926,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata, setiap penerima yang layak hanya perlu menyertakan maklumat lengkap seperti nama, alamat, nombor telefon, jenis penyakit dan ID MySejahtera sahaja.

“Bagi penerima yang terlantar di rumah, boleh juga menelefon Bilik Gerakan untuk diaturkan lawatan ke rumah secara berjadual oleh pasukan bergerak (mobile) dari Jabatan Kesihatan Negeri,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1458
Kongsi :
Previous post Melaka cadang penempatan pekerja asing jauh dari kawasan perumahan
Next post Pelajar tunggu soalan matematik, guru meninggal dunia
Ubah saiz-+=