
COVID-19: Malaysia catat rekod kes harian tertinggi 11,079 kes
PUTRAJAYA 13 Julai – Negara hari ini catat rekod baharu melaporkan kes harian COVID-19 melebihi 11,000 kes apabila merekodkan 11,079 kes dalam tempoh 24 jam lalu, menurut laporan portal Berita Harian sebentar tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah tersebut, Selangor menjadi negeri tertinggi catat kes baharu dengan 5,263 kes.
Ia diikuti Kuala Lumpur sebanyak 1,521 kes, Negeri Sembilan (1,033), Kedah (497), Sarawak (472), Johor (406), Perak (329), Melaka (323), Pahang (321), Sabah (239), Pulau Pinang (234) dan Kelantan (211).
Terengganu merekodkan 93 kes, Labuan (60) dan Putrajaya (77).
“Hanya Perlis tidak melaporkan sebarang pertambahan kes baharu,” katanya dalam Facebooknya hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.