Sorting by

×

60 petani terkesan pandemik COVID-19 dibantu

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

PANTAI KUNDOR 13 Julai – Seramai 60 petani di empat kampung di sini, menerima sumbangan bahan makanan disalurkan JAPERUN Pantai Kundor.

Sumbangan bahan makanan seperti beras, tepung gandum, gula, minyak masak, sardin, kopi dan beberapa bahan makanan lain sedikit-sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan harian keluarga mereka yang terkesan pandemik COVID-19.

Sumbangan untuk petani di Kampung Paya Rumput, Paya Rumput Hilir dan Paya Luboh, Tanjung Kling itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Petani, Mohamad Abdul Rahman, 59, berkata, petani bersyukur kerana walaupun sekatan pergerakan penuh PKP 3.0 dilaksanakan, mereka masih dibenarkan turun ke sawah dan kebun.

“Alhamdulillah, sepanjang PKP 3.0 kami masih dibenarkan mengusahakan tanah masing-masing berbeza dengan keadaan ketika PKP 1.0 tahun lalu.

“Ramai petani yang terkesan dengan PKP 3.0 sekarang kerana tidak dapat menjual hasil pertanian di luar daerah, apatah lagi ke negeri lain berikutan larangan rentas daerah dan negeri sekarang,” katanya.

Sementara itu Nor Azman berkata, JAPERUN Pantai Kundor menghulurkan sumbangan berkenaan melalui kerjasama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung yang lebih arif mengenai anggota komuniti yang memerlukannya.

“Sesiapa yang terlepas pandang boleh mengemukakan permohonan secara terus kepada JAPERUN dan akan dibantu secepat mungkin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

331
Kongsi :
Previous post Gedung rangkaian AEON Bandaraya ditutup
Next post Bekas nelayan warga emas harap ihsan rakan
Ubah saiz-+=