![212308869 4208548802546627 2186539394943373315 N](https://www.melakahariini.my/wp-content/uploads/2021/07/212308869_4208548802546627_2186539394943373315_n.jpg?v=1626098810)
Kontak keluarga antara lima punca jangkitan COVID-19 di Melaka
AYER KEROH 12 Julai – Kontak keluarga antara lima punca utama jangkitan COVID-19 bagi 411 kes positif baharu direkodkan hari ini di Melaka.
Menurut Jabatan Kesihatan negeri daripada 411 kes positif, 127 individu mendapat jangkitan daripada kontak keluarga diikuti pekerja kilang dan institusi penjara dengan keduanya merekodkan sebanyak 114 kes.
Katanya, selain itu, 20 individu menerima jangkitan dari tempat kerja bukan kilang dan 16 lagi disahkan positif hasil dari saringan bergejala dan selebihnya adalah lain-lain saringan.
“Daripada jumlah kes positif itu, 323 kes adalah jangkitan dalam kalangan warganegara dan 88 bukan warganegara,” katanya dalam kenyataannya di Facebook rasmi.
Menurut JKN lagi, Kluster Kampung Hilir Alor Gajah diisytiharkan tamat hari ini dengan kumulatif jangkitan seramai 376.
Katanya, tiga kematian turut direkodkan di Melaka Tengah membabitkan dua wanita warga emas dan seorang pemuda yang dikesan menerima jangkitan kontak kerja kepada kes positif dan kontak keluarga.
Sementara itu, sebanyak 3,408 kes masih dirawat dengan 98 daripadanya di unit rawatan rapi (ICU) dan 27 menggunakan bantuan alat pernafasan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
![Bakke](https://www.melakahariini.my/wp-content/uploads/2021/07/bakke-300x226.png?v=1626093629)
![PDRM-maut](https://www.melakahariini.my/wp-content/uploads/2021/01/garisan-polis-tangkapan-jenayah-bunuh-osl9qv0aaqm902uerf26bnpbch8q90io4qecpg7ytc-300x180.jpg)
Berita Lain
PTPTN MELAKA DEKATI MAJIKAN
AYER KEROH 19 Disember - Sejumlah 128 majikan di Melaka tampil bekerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
HADIAH PENAT LELAH WARGA PPSPM
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Penat lelah dan kerja keras warga Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dalam merancakkan...
PPSPM TAMBAH DUA LOKASI BAHARU ‘RIVER CRUISE’ TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan menambah dua lagi lokasi...
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...