eMFL: AlifD nekad cipta nama sendiri pada masa depan

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat
ALIFD ketika bersaing dalam kejohanan eMFL yang berlangsung selama 10 hari sejak 1 Julai lalu. Kredit foto AlifD

ALIF Dani ‘AlifD’ Noor Bararrudin,20, nekad berdiri sama tinggi bersama pemain terkemuka tempatan dan dunia dalam pentas sukan elektronik (e-sukan) pada masa depan.

Walaupun kecundang di tempat ketujuh dari 12 pasukan pada saingan Kejohanan eMalaysian Football League (eMFL) baru-baru ini, AlifD berkata, masih banyak yang perlu dipelajarinya, dalam masa sama optimis peluangnya menempah nama dalam saingan itu masih terbuka.

“Agak sedih sebab gagal bergelar johan, namun saya akur kerana tewas kepada lawan yang lebih hebat.

“Tewas sekali tidak bermakna tewas selamanya, mungkin saya berpeluang merekodkan nama pada musim depan, siapa tahu?

“Yang penting belajar dari kesilapan dan terus maju ke hadapan,” katanya ketika dihubungi.

AlifD yang mewakili Melaka menamatkan kempen kejohanan e-sukan itu ditempat ketujuh selepas mengutip 26 mata dengan rekod enam kemenangan, lapan seri daripada 22 perlawanan.

Kejohanan yang berlangsung pada 1 Julai hingga 10 Julai itu telah diungguli Terengganu yang diwakili Muhammad Faiz ‘Favlain’ Hariry setelah mengutip 42 mata dari 22 perlawanan.

Kali pertama kejohanan e-sukan di bawah penganjuran MFL dengan kerjasama Gamesbond Esports Sdn Bhd diadakan adalah saingan ePiala Malaysia pada tahun lalu menyaksikan Terengganu FC yang diwakili Luqman muncul juara.

Views:

287
Kongsi :
Previous post Usul pemilihan Speaker antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Next post Parlimen: Perubahan tempat duduk ahli Parlimen
Ubah saiz-+=