
Rumah Muhyiddin jadi tumpuan
KUALA LUMPUR 8 Julai – Kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan hari ini apabila beberapa anggota kabinet dan pegawai tertinggi kerajaan dilihat memasuki kawasan rumah perdana menteri di Bukit Damansara.
Beberapa kenderaan berwarna hitam termasuk sebuah kenderaan menggunakan plat ‘Menteri’ dengan diiringi polis dilihat memasuki kawasan itu pagi ini sebelum keluar meninggalkan kediaman tersebut kira-kira 12.30 tengah hari.
Antara yang dipercayai hadir adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.
Pertemuan itu dipercayai berlangsung susulan pengumuman UMNO awal pagi ini yang memutuskan untuk menarik balik dan menamatkan sokongan serta-merta terhadap Muhyiddin.
Selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti secara maya lebih empat jam malam tadi, Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dicapai susulan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional menangani pandemik COVID-19, sekali gus gagal memenuhi harapan dan tuntutan rakyat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...