Isu pindah pekerja asing selesai, hanya salah faham

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER KEROH 8 Julai – Isu sebuah kilang di Ayer Keroh didakwa cuba memindahkan pekerja asingnya ke lokasi baharu seperti ditularkan baru-baru ini telah selesai.

Pengerusi Jawatankuasa Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Melaka, Ramli Mohd Ali berkata, isu itu hanyalah faham apabila kilang terbabit cuba memindahkan pekerjanya untuk menjalani kuarantin di satu lokasi khas.

Bagimanapun, ujarnya, kilang terbabit tidak memaklumkan terlebih dahulu kepada pemimpin dan masyarakat setempat, sekali gus menjadikan isu itu hangat diperkatakan.

“Kita difahamkan kilang terbabit mempunyai banyak kediaman pekerja dan cuba meletakkan pekerja-pekerjanya dalam satu kawasan dikhaskan.

“Tetapi sewaktu hendak dipindahkan, perkara itu diketahui penduduk dan seperti kita tahu kebanyakan penduduk fobia dengan peningkatan kes yang berlaku sekarang.

“Jadi, selepas melakukan perbincangan dan atas nasihat pihak polis, kilang terbabit sudah menghantar semula pekerja ke lokasi asal mereka dan menjalani kuarantin dalam kawasan itu dengan pemantauan pihak berkuasa,” katanya.

Sebelum ini, warganet menularkan satu video menunjukkan pekerja kilang yang menghuni sebuah kediaman di Taman Muzaffar Shah, di sini, cuba dipindahkan menaiki beberapa bas kilang.

Mereka mendakwa pekerja asing itu cuba dipindahkan ke satu lagi kediaman di Bukit Beruang.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, kesemua aktiviti memindahkan pekerja asing selepas ini perlu mendapat makluman pihak berkuasa.

Tegasnya, sekiranya, pergerakan pekerja terbabit tidak mendapat kelulusan, kilang atau syarikat boleh didakwa mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Begitu juga jika pekerja perlu menjalani ujian calitan di kilang, pihak syarikat perlu menyediakan kenderaan dan tidak membenarkan pekerja datang ke kilang dengan berjalan kaki atau menaiki basikal.

“Setiap pergerakan wajib dimaklumkan kepada pihak polis terlebih dahulu,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

443
Kongsi :
Previous post Pos Malaysia mohon maaf, nafi rasionalisasi Pos Rider punca penghantaran lewat
Next post Rumah Muhyiddin jadi tumpuan
Ubah saiz-+=