Wanita ditemukan rentung dalam kebakaran kereta
KUALA LUMPUR 8 Julai – Seorang wanita ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Bandar Baru Selayang, Gombak, di sini, awal pagi ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata mangsa ditemukan di bahagian tempat duduk pemandu selepas pihak bomba menjalankan operasi memadam api ke atas kenderaan itu pada 4.32 pagi tadi.
“Pihak bomba menerima pemakluman berhubung kejadian kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil bernombor pendaftaran WKB 2786 yang terbakar pada 4.25 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.
“Setelah pemadaman dibuat 15 minit kemudian, terdapat seorang mangsa wanita di dalamnya yang identitinya masih belum dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Norazam berkata pihaknya masih menunggu pengesahan dibuat Jabatan Forensik dan Kementerian Kesihatan berhubung penemuan mangsa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PTPTN MELAKA DEKATI MAJIKAN
AYER KEROH 19 Disember - Sejumlah 128 majikan di Melaka tampil bekerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
HADIAH PENAT LELAH WARGA PPSPM
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Penat lelah dan kerja keras warga Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dalam merancakkan...
PPSPM TAMBAH DUA LOKASI BAHARU ‘RIVER CRUISE’ TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan menambah dua lagi lokasi...
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...