
Promosi Melaka E-Bazar bermula hari ini
SERI NEGERI 7 Julai – Kempen Promosi Melaka E-Bazar ‘Buy Now Travel Later’ dilancarkan hari ini sehingga 30 September depan menawarkan e-baucar sehingga 50 peratus.
Exco Pelancongan Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, lebih 1,000 usahawan dan penggiat industri pelancongan Negeri Melaka menyertai kempen itu.
“Kempen ini menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang pasti memikat hati rakyat semua.
“Saya menyeru kepada semua untuk merancang percutian ke Melaka sekiranya rentas negeri dibenarkan dengan mendapatkan pelbagai tawaran.
“Ia termasuk pakej pelancongan, penginapan, tiket lawatan di tempat tarikan pelancong serta pelbagai jenis produk kraftangan mahupun produk makanan Negeri Melaka,” katanya pada kempen tersebut di pejabatnya di Seri Negeri hari ini.
Jelas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri itu, orang ramai boleh membeli-belah di Page Melaka E-Bazar bagi mendapatkan tawaran istimewa tersebut.
“Sudah pasti usaha kerajaan negeri melalui Tourism Melaka dengan kerjasama Lazada Malaysia akan merancakkan lagi kempen ini,” katanya lagi.
Hadir sama Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP), Sa’ari Basiron.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...