Dunia perlu pendekatan baharu tangani COVID-19
KUALA LUMPUR 7 Julai – Dunia memerlukan pendekatan baharu dalam menangani COVID-19 susulan kemunculan varian baharu yang menyebabkan peningkatan kes di seluruh dunia, kata Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Melalui hantaran di laman Facebook rasminya, beliau berkata, perkara itu disampaikannya semasa Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar ASEAN-Rusia yang diadakan secara maya petang hari Selasa.
“ASEAN-Rusia banyak fokus terhadap usahasama menangani COVID19 sejak setahun lalu,” katanya.
Dalam konteks isu-isu serantau, Hishammuddin menekankan pandemik COVID-19 meningkatkan persaingan kuasa-kuasa besar dunia serta melemahkan sistem pelbagai hala.
“Dalam hal ini, ASEAN mesti kekal sebagai teras Asia Pasifik manakala Rusia mesti terus menyokongnya demi keamanan serta kestabilan di rantau ini,” katanya.
Mesyuarat khas itu dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi dan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LADANG NANAS PREMIUM KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Berkonsep mendidik pengunjung mengenai pertanian nanas, Ladang Nanas Fionanas, Nusa Dusun di sini, antara lokasi...
ANAK ASAHAN ‘MASUK JAWI’ DAPAT SIJIL
ASAHAN 19 Januari - Seramai 108 anak-anak Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diberikan sijil penyertaan masuk jawi pada Program Khatan...
PERCUBAAN SEBULAN ‘NO RIGHT TURN’ DI JALAN SYED ABDUL AZIZ
DUYONG 19 Januari - Tempoh percubaan penyuraian trafik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Syed Abdul Aziz dan Persimpangan...
‘NADI’ KUALA LINGGI SIAP FEBRUARI INI
KUALA LINGGI 19 Januari - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bakal menerima satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)...
RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 19 Januari - Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini...
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....