
340,043 jumlah pemberian vaksin tertinggi di Malaysia
KUALA LUMPUR: Dua hari berturut-turut, kadar pemberian vaksin di negara ini mencatat angka lebih 300,000 dos sehari.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan memaklumkan pada 5 Julai lalu mencatat 313,761 dos dan semalam mencatat satu lagi rekod dengan angka 340,043 dos.
“Catatan 340,043 dos ini adalah yang tertinggi setakat ini.
“Ini menunjukkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sedang berada di landasan yang tepat untuk mencapai imuniti kelompok di kalangan rakyat Malaysia.
“Perdana Menteri semalam turut mengucapkan tahniah kepada pasukan PICK yang mengendalikan pemberian vaksin di semua PPV (Pusat Pemberian Vaksin) seluruh negara,” katanya dalam hantaran di Facebook KKM hari ini.
Dalam pada itu, KKM turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak terbabit dalam PICK.
“Tahniah semua. Kita mesti menang bersama melawan pandemik COVID-19 ini. Ayuh rakyat Malaysia,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...