Tambah buku rekod kehadiran selepas lebih 10,000 pengunjung banjiri Jalan Jonker setiap hujung minggu

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat
SEORANG pengawal keselamatan Jalan Jonker, menunjukkan plakad larangan memasuki premis itu buat pengunjung yang berumur kurang dari 13 tahun.

BANDA HILIR 11 Julai – Pengurusan Jonker Walk menyediakan lebih banyak buku untuk mencatat kehadiran pelancong minggu ini, selepas merekodkan lebih 10,000 pengunjung, minggu lepas.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk, Datuk Wira Gan Tian Loo ketika dihubungi berkata, buku setebal 120 muka surat itu hanya mampu bertahan kurang dari tiga hari, selepas orang ramai mula menyerbu lokasi berkenaan sejak 1 Julai lalu.

“Sejak 1 Julai, pengunjung tidak putus-putus hadir ke lokasi ini. Keadaannya amat berbeza sebelumnya (semasa Perintah Kawalan Pergerakan)

“Memandangkan buku mencatatkan kehadiran hanya mampu bertahan kurang 3 hari (bermula Jumaat), kita mengambil langkah menambahnya, dengan harapan ia mampu merekodkan jumlah kedatangan pengunjung, katanya.

Tian Loo turut menjangkakan lebih 10,000 pengunjung akan membanjiri Jalan Jonker minggu ini, namun segala prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan terus dikuatkuasakan.

Sejak 1 Julai, Melaka berterusana menggamitkan kehadiran pelancong, terutamanya di kawasan Bandar Melaka hingga menyaksikan hampir kesemua laluan ke pusat bandar sesak dan dipenuhi kenderaan, berbeza sewaktu PKP mula diumumkan Kerajaan Persekutuan pada 18 Mac.

Views:

515
Kongsi :
Previous post Covid-19: Satu kematian dicatatkan, lapan kes baharu dilaporkan
Next post Tiket percuma ke Melaka Wonderland buat ‘frontliners’
Ubah saiz-+=