Sorting by

×

Lebih 5 tan sampah dikutip setiap minggu di Sungai Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

BANDARAYA MELAKA 2 Julai- Lebih lima tan metrik sampah dikutip setiap minggu di Sungai Melaka menerusi kerja-kerja pembersihan yang dilakukan pihak Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM).

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Datuk Murad Husin berkata, meskipun berada di fasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini, namun sampah yang dikutip setiap hari menunjukkan peningkatan.

Katanya, sampah terbabit dipercayai dibuang di hulu Sungai Melaka dan sampah tersebut hanyut sehingga ke Empangan Batu Hampar, Peringgit.

“Setiap hari pasukan pembersihan akan mengutip sampah di Sungai Melaka Fasa 1 dan Fasa 2 dengan menggunakan tiga bot pembersihan bermula awal pagi hingga petang.

“Sampah yang dikutip tidak sampai seminggu sudah mencecah lima tan dan dua tong roro tidak cukup untuk diisi sampah, ada masa seminggu boleh mencecah sehingga 10 tan sampah.

“Dibandingkan sebelum PKP dan selepas PKP, kuantiti sampah dikutip di Sungai Melaka lebih banyak semasa PKP, hal ini dipercayai kerana ramai orang duduk rumah, jadi sampah yang dibuang ke sungai meningkat,” kepada Melaka Hari Ini.

SAMPAH yang tersangkut di perangkap sampah dikeluarkan oleh kakitangan PPSPM.

Mengulas lanjut, katanya, punca peningkatan sampah kerana di sepanjang hampir 10 kilometer Sungai Melaka di bahagian hulu bukan kawasan pelancongan dan lebih kepada kawasan komuniti setempat seperti kawasan perumahan dan perindustrian

Katanya, faktor lain menyebabkan jumlah sampah yang dikutip di Sungai Melaka meningkat adalah disebabkan kawasan di Sungai Melaka yang berlumpur di bahagian dasarnya.

“Hal ini terjadi apabila pihak berwajib membuat kerja-kerja pengorekan untuk memperdalam sungai Melaka, sampah-sampah lama yang tertanam di bawah lumpur akan keluar dan apabila hujan, sampah tersebut hanyut dibawa arus dan tersangkut pada perangkap sampah yang dipasang di Sungai Melaka Fasa 2.

“Selain itu, kuantiti sampah turut meningkat apabila berlakunya air sungai pasang surut, sampah akan kelihatan (keluar) apabila air sungai pasang dan sampah tersebut akan tenggelam (tidak kelihatan).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1468
Kongsi :
Previous post Mukim dan lokaliti di Selangor, KL dikenakan PKPD 3 hingga 16 Julai
Next post ‘Jadi sukarelawan MyVac lebih seronok daripada jaga kedai’
Ubah saiz-+=