28 kes positif, bangunan Wisma Persekutuan ditutup seminggu
AYER KEROH 1 Julai – Bangunan Wisma Persekutuan yang terletak di Jalan Business City, MITC Ayer Keroh termasuk Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) ditutup sementara bermula 28 Jun lalu hingga 5 Julai ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, penutupan itu bagi kerja disinfeksi dan saringan untuk memutuskan rantaian jangkitan kes COVID-19 di bangunan tersebut.
“Jumlah kumulatif kes positif terkini sehingga 30 Jun (semalam) yang direkodkan adalah 28 kes.
“Pecahan kes terdiri daripada 17 kakitangan yang bekerja di Wisma Persekutuan dari beberapa agensi dan pekerja bangunan seperti pekerja kafe, keselamatan, pembersihan dan 11 kontak keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Rahmad punca penularan masih dalam siasatan dan aktiviti pengesanan kontak sedang giat dijalankan.
“Untuk mendapatkan maklumat sahih dan sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, orang ramai boleh hubungi Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) Melaka di talian 06-2356999/6851 atau melalui e-mel [email protected],” katanya lagi.
Sebelum ini portal The Star melaporkan penutupan sementara pejabat JKN selama seminggu bermula 28 Jun berikutan kes COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
3 DENAI SUNGAI JADI PUSAT RIADAH BAHARU DI MELAKA
KUALA LINGGI 6 Januari - Sejumlah RM1.5 juta diperuntukkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi pelaksanaan tiga projek Denai Sungai...
LARUT MALAM DI MUZIUM MELAKA SANGAT BERMAKNA
BANDA HILIR 5 Januari - Sudah namanya negeri bersejarah, tentu sekali pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melawat ke muzium-muzium sempena...
MENARA TAMING SARI LEBIH ‘MENDUNIA’ 2025
BANDA HILIR 5 Januari - Produk pelancongan, Menara Taming Sari terus mendapat sambutan hangat pengunjung pada program Melaka Bila Larut...
1,142 NIKMATI ‘CRUISE LARUT MALAM’ RM10
BANDARAYA MELAKA 5 Januari - Melaka River Cruise merekodkan kehadiran 1,142 pengunjung bersempena program Melaka Bila Larut Malam edisi pertama...
ZOO MELAKA BUKA TIRAI 2025 DENGAN SAMBUTAN HEBAT
AYER KEROH 5 Januari - Zoo Melaka kekal menjadi antara destinasi pilihan pada program Melaka Bila Larut Malam edisi pertama...
NAHAS KM 204: RIM TAYAR LORI ‘HILANG’ DITEMUI DI TANGKAK
ALOR GAJAH 5 November - Komponen rim dipercayai milik lori yang tayarnya tercabut dan menjadi punca nahas di Kilometer 204...