Petugas KKM lengkap vaksinasi yang dijangkiti COVID-19 hanya bergejala ringan
PUTRAJAYA 30 Jun – Petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang dijangkiti COVID-19 selepas lengkap menerima dua dos vaksin, hanya mengalami gejala ringan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata kebanyakan petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19 itu menjadi pesakit kategori 1 dan 2 iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.
“Daripada sejumlah 243,309 petugas KKM yang lengkap divaksinasi, hanya 0.75 peratus atau 1,834 petugas dijangkiti COVID-19.
“Daripada jumlah itu, hanya seorang merupakan kategori 4 (pesakit COVID-19 yang memerlukan oksigen), dua orang kategori 3 sementara 1,219 orang dalam kategori 2 dan seramai 612 dalam kategori 1,” katanya dalam sidang media mingguan perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, di sini hari ini.
Dr Adham berkata kadar jangkitan dan tahap keseriusan yang rendah itu sekali gus dapat mengurangkan tekanan kepada sistem kesihatan, terutamanya di unit rawatan rapi.
“Ini menunjukkan vaksin yang kita laksanakan melindungi dan efikasi vaksin mencapai tahap (yang dikehendaki),” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MASUK PERCUMA, MACAM-MACAM ADA DI FESTIVAL HALAL ANTARABANGSA MELAKA
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Orang ramai berpeluang mengunjungi Festival Halal Antarabangsa Melaka 2024 (MIHF'24) secara percuma bagi mendapatkan produk-produk...
PELAYARAN MINI AMAZON, SEA CRUISE ANTARA PRODUK BAHARU MELAKA TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bakal meluncurkan beberapa produk tarikan baharu dalam usaha...
5 TEMPAT PALING ‘BEST’ DI SUNGAI MELAKA
SUNGAI Melaka yang turut dikenali sebagai 'Venice of the East' merupakan antara destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan...
BANTUAN SEKOLAH ANAK ASNAF, MISKIN, MUALAF DINAIKKAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Bantuan persekolahan bagi anak asnaf fakir, miskin dan mualaf seluruh Melaka dinaikkan kepada RM350 berbanding...
‘UJIAN ALLAH, KUATKAN IKATAN KASIH KAMI’
AYER KEROH 19 Disember - Ujian yang dilalui ketika ini tidak sesekali menjadi satu bebanan buat Nurlidaini Jaafar, 38, sebaliknya...
PTPTN MELAKA DEKATI MAJIKAN
AYER KEROH 19 Disember - Sejumlah 128 majikan di Melaka tampil bekerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...