Sorting by

×

‘Tolong jawab telefon, mudahkan rakyat terima bantuan’

Masa Membaca:59 Saat

SERI NEGERI 29 Jun – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali meminta semua jabatan dan agensi kerajaan negeri memainkan peranan penting dalam menjadi pemudah cara menyalurkan bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama.

Beliau berkata, kejayaan pakej rangsangan yang diumumkan 18 Jun lalu bergantung kepada sejauh mana keberkesanan tindakan dan respon yang dimainkan oleh jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan 60 inisiatif yang disediakan.

“Saya faham ramai sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, hanya 20 peratus sahaja penjawat awam dibenarkan ke pejabat dan selebihnya bekerja dari rumah (BDR).

“Tapi saya tidak mahu alasan BDR membantutkan usaha kita menyalurkan bantuan.

“Jadi saya minta semua ‘person in charge’ yang terlibat untuk lebih peka dan pastikan setiap panggilan telefon diangkat dan dijawab sebaik mungkin bagi memastikan semua bantuan yang kita salurkan sampai kepada rakyat,” katanya dalam wawancara khas bersama Melaka Hari Ini di pejabatnya baru-baru ini.

Sulaiman berkata, bagi orang ramai yang ingin mendapatkan maklum balas tentang inisiatif yang disalur melalui Pakej Sejahtera Bersama, bolehlah menghubungi nombor setiap wakil agensi dan jabatan yang tertera dalam maklumat yang dikongsikan dalam laman Facebook rasminya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

444
Kongsi :
Previous post Melaka catat Rt tertinggi pada Isnin
Next post Strategi serampang dua mata: Bantu rakyat, pulih ekonomi Melaka
Ubah saiz-+=