Sorting by

×

Vaksin: Pemain industri pelancongan perlu bersabar

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 29 Jun – Penggiat industri pelancongan seluruh negara bukan tergolong dalam kalangan individu yang perlu dipercepatkan suntikan vaksin pada ketika ini.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, ia berikutan keutamaan kerajaan pada ketika ini ialah membabitkan pekerja industri khususnya di kilang-kilang berstatus ‘essential’ yang masih dibuka sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, jika negara sudah memasuki peralihan fasa kedua dan ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), barulah keperluan vaksin membabitkan pemain industri pelancongan akan diteliti.

“Bila sudah sampai proses peralihan fasa kedua dan ketiga (PPN) saya akan berbincang semula dan melihat keperluan kepada sektor pelancongan, hospitaliti, hotel, penarik beca dan sebagainya.

“Buat masa ini kita fokus dahulu kepada industri yang masih beroperasi sewaktu PKP terutamanya membabitkan kilang-kilang,” katanya dalam sidang media di Seri Negeri, hari ini.

Dalam pada itu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memperuntukkan RM400 juta dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi menambah bekalan vaksin dan mewujudkan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara

Katanya, peruntukan itu berupaya mempercepatkan proses vaksinasi sekali gus membantu negara mencapai imuniti berkelompok dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

523
Kongsi :
Previous post Melaka dijangka selesaikan vaksinasi pada November
Next post Tiga PPV Industri dibuka 10 Julai ini – Rahmad
Ubah saiz-+=