
Ahli Parlimen dapat RM300,000, laksana program bakul makanan di kawasan masing-masing
PUTRAJAYA 28 Jun – Kerajaan memperuntukkan RM300,000 kepada setiap Ahli Parlimen termasuk dari pembangkang bagi menyalurkan Bantuan Bakul Makanan kepada rakyat yang terjejas di kawasan masing-masing.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedar barangan keperluan asas amat penting bagi golongan yang memerlukan.
“Justeru sebagai tambahan kepada program Bantuan Bakul Makanan sedia ada, kerajaan bersetuju memperuntukkan RM300,000 kepada setiap ahli Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Pembangkang untuk melaksanakan program bakul makanan kepada golongan terjejas di kawasan masing-masing.
“Dalam soal menyampaikan bantuan kepada rakyat, saya mengetepikan perbezaan politik. Baik Ahli Parlimen Pembangkang atau Kerajaan, semuanya mestilah memikul tanggungjawab
bersama untuk membantu rakyat di kala ramai yang sedang menanggung
kesusahan.
“Gunalah peruntukan ini sebaik mungkin untuk membantu rakyat
yang memerlukan di kawasan parlimen masing-masing,” katanya pada Sidang Media Khas mengenai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Dalam pada itu Muhyiddin berkata, kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi tujuan melaksanakan Bantuan Bakul Makanan khusus
untuk masyarakat Orang Asli.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...