
Helikopter TLDM lakukan pendaratan kecemasan di Lumut
LUMUT 28 Jun – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan helikopter jenis Fennec miliknya terpaksa membuat pendaratan cemas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di sini, tengah hari tadi.
Menurut TLDM pesawat terbabit ketika kejadia sedang melakukan penerbangan operasi dan telah membuat pendaratan kecemasan pada jam 12 tengah hari.
“Kesemua krew berjaya diselamatkan dan kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut.
“Insiden ini tidak membabitkan sebarang kecederaan kepada orang awam dan kawasan insiden terkawal,” kata kenyataan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat, Lumut, Perak.
TLDM juga menjelaskan pihaknya menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Terdahulu gambar insiden berkenaan tular di media sosial.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...