Diskaun bil elektrik bersasar bakal diumum PM dalam masa terdekat
PUTRAJAYA 28 Jun – Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, diskaun bil secara bersasar itu akan diberikan bermula Julai hingga Disember 2021.
Bagaimanapun, beliau berkata, perincian mengenai diskaun bil elektrik bersasar itu akan diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat.
“Diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik (termasuk pihak industri) ini akan diberikan kepada seluruh pengguna di Semenanjung Malaysia dan Sabah.
“Perkara ini akan diumum Perdana Menteri sedikit masa lagi,” katanya dalam satu sidang media khas, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
‘TERIMA KASIH BANTU KAMI’
KUALA LINGGI 10 Januari - "Bagaikan hilang kata-kata apabila melihat keadaan dalam dan perkarangan rumah kini lebih bersih dan kemas....
W.R.U.R: KEMBARA KAK SOM DEKATI MASYARAKAT
KUALA LINGGI 10 Januari - Kembara Kak Som yang menjelajah ke segenap pelosok Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bersempena...
BAJET 2025: RAKYAT SYUKUR KERAJAAN MELAKA PEDULI NASIB GOLONGAN MEMERLUKAN
KUALA LINGGI 10 Januari - Pelbagai bantuan yang disalurkan Kerajaan Negeri kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama...
LEMPAR TUKUL BESI KE ARAH BALAI POLIS LEPAS DENGAR ‘BISIKAN’
PANTAI KUNDOR 10 Januari - Polis Melaka menahan seorang lelaki yang juga penganggur selepas melakukan khianat dengan memecahkan cermin Balai...
W.R.U.R: KONSEP TURUN PADANG BAWA IMPAK POSITIF
KUALA LINGGI 10 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) membawa impak positif kepada masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN)...
KEBAJIKAN WARGA KUALA LINGGI TIDAK DILUPA
KUALA LINGGI 10 Januari - Seramai 137 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi menerima bantuan kebajikan sempena program Wakil...