Golongan miskin tegar dapat rebat bil elektrik RM40
PUTRAJAYA 28 Jun – Semua golongan miskin tegar yang berpendapatan RM1,169 dan ke bawah dan berdaftar di e-Kasih layak mendapat rebat bil elektrik berjumlah RM40.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, rebat berkenaan bakal memberi manfaat kepada 282,182 ketua isi rumah yang layak di negara ini.
Bagaimanapun, beliau menyeru semua golongan yang layak dan berdaftar melalui e-Kasih mengemaskini akaun dengan pihak utiliti bagi menikmati tawaran rebat berkenaan.
“Mengikut rekod sehingga Mei 2021, jumlah ketua isi rumah yang layak (menerima rebat RM40) adalah seramai 282,182.
“Bagaimanapun, sehingga hari ini hanya 113,743 sahaja ketua isi rumah atau 40.31 peratus sahaya yang telah mengemaskini nombor akaun bil elektrik mereka dan layak menerima rebat.
“Justeru, saya menyeru kepada mereka yang belum agar mengemaskini nombor akaun mereka dengan pihak utiliti bagi membolehkan mereka menikmati diskaun yang diberikan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
‘TERIMA KASIH BANTU KAMI’
KUALA LINGGI 10 Januari - "Bagaikan hilang kata-kata apabila melihat keadaan dalam dan perkarangan rumah kini lebih bersih dan kemas....
W.R.U.R: KEMBARA KAK SOM DEKATI MASYARAKAT
KUALA LINGGI 10 Januari - Kembara Kak Som yang menjelajah ke segenap pelosok Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bersempena...
BAJET 2025: RAKYAT SYUKUR KERAJAAN MELAKA PEDULI NASIB GOLONGAN MEMERLUKAN
KUALA LINGGI 10 Januari - Pelbagai bantuan yang disalurkan Kerajaan Negeri kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama...
LEMPAR TUKUL BESI KE ARAH BALAI POLIS LEPAS DENGAR ‘BISIKAN’
PANTAI KUNDOR 10 Januari - Polis Melaka menahan seorang lelaki yang juga penganggur selepas melakukan khianat dengan memecahkan cermin Balai...
W.R.U.R: KONSEP TURUN PADANG BAWA IMPAK POSITIF
KUALA LINGGI 10 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) membawa impak positif kepada masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN)...
KEBAJIKAN WARGA KUALA LINGGI TIDAK DILUPA
KUALA LINGGI 10 Januari - Seramai 137 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi menerima bantuan kebajikan sempena program Wakil...