
Segerakan projek pengindahan Sungai Melaka Parcel 2
AYER KEROH 11 Julai – Kerajaan negeri komited menyelesaikan projek pengindahan Sungai Melaka Parcel 2 yang sudah tergendala hampir 10 tahun.
Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, perkara itu antara agenda utama yang akan dibawa ke pengetahuan pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi memastikan projek itu dapat dilaksanakan dalam kadar segera.
“Hal ini penting kerana Negeri Melaka merupakan negeri pelancongan dan Sungai Melaka merupakan tarikan utama pelancong sama ada dalam dan luar negara.
“Kerajaan negeri memohon pihak kementerian (KASA) mencari formula atau pendekatan terbaik agar segala masalah yang dihadapi di dalam projek ini dapat diselesaikan dan pelaksanaan semula projek dapat dilaksanakan segera,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan mensyuarat bersama Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengadakan lawatan kerja ke Melaka pada Rabu.
Dalam pada itu, Sulaiman berkata, pihak kerajaan negeri juga sudah bersedia untuk melaksanakan projek berkenaan sekiranya baki peruntukan dapat diberikan kepada Melaka secara keseluruhan.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...