Peniaga kecil perlu berdaftar dengan PBT – Shadan
AYER KEROH 27 Jun – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) meminta supaya penjaja kecil yang masih belum berdaftar di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) segera berdaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin.
Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman berkata, ia bagi menyambut usaha kerajaan dalam melaksanakan program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) yang dilancarkan pada 6 Julai ini.
“Pihak MPHTJ menyambut baik usaha kerajaan ini, bagi mereka (peniaga) yang belum berdaftar dengan PBT, segeralah daftar.
“Inisiatif ini juga akan memanfaatkan seramai 500 peniaga kecil yang berdaftar di bawah pentadbiran MPHTJ.
“Kita memang setuju kerajaan utamakan mereka (peniaga kecil), sebabnya peniaga ini berjumpa ramai orang dan kita juga kena jaga keselamatan dan kesihatan pembeli,” katanya ketika dihubungi MHI.
Katanya peniaga juga dinasihatkan supaya tidak takut untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 memandangkan negara masih berhadapan wabak COVID-19.
“Nasihat saya, peniaga ini kena patuh prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), ia penting kerana negara kita masih ada pandemik COVID-19,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MALIM JAYA LOKASI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA MELAKA 2025
KESIDANG 9 Januari - Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 akan diadakan di Jalan Rahmat 4, Taman...
KERAJAAN MELAKA CAKNA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
AYER KEROH 9 Januari - Kemudahan infrastruktur dan fasiliti yang lengkap membantu kepada pemangkin dalam memperhebatkan sektor pendidikan di Melaka...
MENANGANI ‘KETEGANGAN MATA DIGITAL’
Oleh: Dr. Navpreet Sidhu Pakar Bedah Mata Putra Specialist Hospital Melaka PADA zaman kini, ketegangan mata digital atau lebih dikenali...
PEMANDU LORI PARAH, DUA CEDERA DALAM NAHAS DI KM 178.5
JASIN 9 Januari - Seorang parah, manakala dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan dua buah lori dan sebuah kenderaan...
OPS KHAS GEMPUR TEKNIKAL: JPJ MELAKA AMBIL TINDAKAN 847 KENDERAAN, KELUAR 1,069 NOTIS
MELAKA, 9 Januari - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan ke atas 847 kenderaan dan mengeluarkan 1,069 notis atas pelbagai...
KAPAL TERBANG TENGAH BULATAN JADI TARIKAN BAHARU
DURIAN TUNGGAL 9 Januari - Replika kapal terbang yang menyerikan Bulatan Seri Bayan di hadapan Kawasan Industri Angkasa Nuri bakal...