Sorting by

×

Sekarang bukan masa cerita politik

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

 

TABOH NANING 24 Jun – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof meminta semua ahli politik agar menahan nafsu untuk bercerita tentang politik sebaliknya lebih mengambil pendekatan bersama-sama kerajaan menguruskan masalah pandemik Covid-19.

Menurutnya, andaian yang timbul ketika ini mengenai jajaran baharu atau lama oleh individu tertentu yang ‘ditaja’ hanya bertujuan untuk persepsi yang akhirnya langsung tidak memberi faedah kepada negara dan rakyat.

“Jika ada desakan-desakan itu, kita tahanlah dulu, kita faham nafsu masing-masing nak jadi pemimpin.

“Saya menyeru semua orang politik agar ‘hold fire’ (hentikan serangan) masing-masing dan sama-sama bantu kerajaan tangani pandemik Covid-19,” katanya selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (CREaTE) Alor Gajah.

Beliau mengulas khabar angin mengenai pembentukan jajaran baharu apabila sesi pembukaan Parlimen dikatakan bakal menjadi medan kepada semua parti politik termasuk UMNO, yang mana Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid memutuskan jajaran politik baharu bersama PKR atau DAP.

Menurut Mohd. Redzuan, penglibatan ahli politik dalam sama-sama membantu kerajaan memerangi pandemik Covid-19 adalah penting demi kesejahteraan rakyat seterusnya meningkatkan pembangunan semula ekonomi negara.

“Tak usahlah nak bercerita tentang politik ketika negara sekarang sedang bergelut dengan suasana pandemik, ia langsung tidak menguntungkan negara,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

294
Kongsi :
Previous post Tiada keperluan tambah PKRC
Next post Bekalan alat ganti peranti pintar kurang, harga melonjak tinggi
Ubah saiz-+=