
Cemas kaki tergelincir dalam tangki ammonia
AYER KEROH 10 Julai – Seorang pekerja kilang berdepan detik cemas apabila kakinya tergelincir ke dalam tangki simpanan larutan ammonia dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Cheng, di sini, semalam.
Kejadian dikatakan berlaku kira- kira jam 11.30 pagi, ketika lelaki berusia 24 tahun berkenaan melakukan kerja pembancuhan bahan kimia.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penolong Penguasa Bomba Soon Wee Kiang berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.35 pagi sebelum 13 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian.
Menurut beliau, mangsa sebelum itu melakukan kerja pembancuhan dan terdapat ‘Jig’ pada mesin terbabit yang tersangkut di dalam takungan sebelum dia cuba membetulkan kepada kedudukan asal.
“Mangsa berjaya diselamatkan oleh rakannya yang menyedari kejadian dan dibawa keluar sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan yang tiba.
“Akibat kejadian itu kaki kira mangsa melecur sehingga paras peha dengan tahap kepanasan bahan 93 darjah,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
SIJIL ‘MC’ HILANG KEJADIAN TAHUN LEPAS
AYER KEROH 2 April - Rakaman video tular mendakwa berlaku kehilangan sijil cuti sakit di sebuah klinik kesihatan di Sungai...
AL-QURAN JADI PENDAMPING MUALAF
BANDARAYA MELAKA - Perjalanan menjadi seorang mualaf pasti penuh dengan cabaran, namun itu tidak menghalang mereka menghabiskan bacaan 30 juzuk...
PENGGIAT SENI BUDAYA MELAKA TIDAK DILUPAKAN
AYER KEROH 2 April - Institut Warisan Melaka (INSWA) menerusi Kelab Kebajikan dan Sosial telah menyantuni seramai 16 bekas penggiat...
KAMPUNG DIGITAL ‘PANGKALAN DATA’ SEJAHTERAKAN RAKYAT MELAKA
DUYONG 2 April - Inisiatif Kampung Digital yang dicetuskan Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...