Norhizam dijangka kembali bertugas dalam masa terdekat
KOTA LAKSAMANA 10 Julai – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee dijangka kembali bertugas dalam masa terdekat.
Norhizam dimasukkan ke Hospital Putra sekitar jam 1 pagi pada Selasa untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kecil di pangkal perutnya pada hari sama.
Jelasnya, beliau nekad kembali bertugas untuk rakyat secepat mungkin, walaupun masih tiada cuti diperuntukkan untuknya.
“Belum ada cuti lagi buat saya, malah ketika dalam keadaan seperti ini saya masih melayan pelbagai panggilan bagi menanya khabar dan urusan pekerjaan di Seri Negeri.
“InsyaAllah saya dijadualkan akan mendaftar keluar dari hospital ini dalam dua hari lagi dan akan terus bekerja demi rakyat saya,” katanya.
Pada pembedahan yang dilakukan itu, beliau turut menjalankan pembedahan lain bagi membuang sinus yang menggganggu pernafasannya sejak beberapa tahun lalu.
“Doktor turut menyarankan saya supaya lebih banyakkan berehat dan kurangkan bercakap, Alhamdulillah segalanya kembali pulih dan saya berterima kasih di atas ihsan rakan-rakan seperjuangan yang mengambil berat dan menziarahi saya di sini, katanya.
Views:
Related
Berita Lain
ANTARA BANJIR TERBURUK SEJAK 3 TAHUN
PAYA RUMPUT 23 November - Banjir yang melanda beberapa kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Pantai Kundor dan...
BANJIR MELAKA: 3 PPS DIBUKA, 54 MANGSA DIPINDAHKAN
AYER KEROH 23 November - Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah Melaka Tengah dinaiki air....
PENANTIAN 16 TAHUN BERBALOI
AYER KEROH 22 November - Seorang guru lelaki memperoleh 'durian runtuh' apabila diumumkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional...
GEDUNG LANDSKAP MPJ
JASIN 22 November - Inisiatif Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) untuk mengindah dan menghijaukan landskap dalam kawasan pentadbirannya turut membabitkan proses...
TAHAP KEBERSIHAN TAK MEMUASKAN, DAPUR DUA HOTEL DIARAH TUTUP
AYER KEROH 22 November - Dapur di dua hotel di negeri ini diarahkan tutup selepas kebersihan di premis berkenaan berada...
ANGGOTA POLIS DIDAKWA CURI RANTAI LEHER, RANTAI TANGAN MILIK WANITA YANG MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR 22 November - Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan...