Sorting by

×

SPRM anjur FIFA 21 Challenge, sebar mesej antirasuah kepada belia

Masa Membaca:2 Minit, 2 Saat

PUTRAJAYA 24 Jun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menganjurkan kejohanan e-sukan SPRM FIFA 21 Challenge mulai 1 Julai hingga 17 Julai ini sebagai usaha untuk menyebarluaskan mesej antirasuah dalam kalangan belia.

Kejohanan bertemakan ‘Youth Against Corruption’ (Belia Menentang Rasuah) itu adalah kesinambungan daripada program PUBG Mobile i-Challenge yang pernah dianjurkan oleh SPRM sebelum ini sebagai usaha untuk mendekati Generasi Z atau kumpulan belia yang meminati e-sukan.

SPRM dalam kenyataan hari ini menjelaskan pertandingan secara dalam talian itu dicetuskan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki sebagai pendekatan serampang dua mata kerana mesej antirasuah dan penerangan berkaitan jenayah rasuah di negara ini turut akan diselitkan sepanjang perlawanan terbabit.

Ketua Pesuruhjaya Datuk Seri Azam Baki

“Sejajar dengan ledakan teknologi, e-sukan seperti Mobile Legend, Starcraft, Counter Strike, Dota dan FIFA kini menjadi trend kumpulan belia kerana ia bukan sekadar untuk memenuhi masa lapang anak-anak muda, malah mendorong mereka untuk menjadikan e-sukan sebagai kerjaya.

“Justeru, kejohanan anjuran bersama antara SPRM dan THQ Esports Club yang diterajui oleh anak-anak muda ini diharap dapat memberi kesedaran dan pendedahan kepada generasi muda terhadap kesan rasuah yang bukan sahaja akan meruntuhkan organisasi malah mencemarkan imej serta reputasi negara,” kata kenyataan itu.

Menurut SPRM, SPRM FIFA 21 Challenge yang julung kali diadakan ini juga membuktikan SPRM memanfaatkan penggunaan teknologi ketika penularan pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada program serta aktiviti pendidikan antirasuah yang sebelum ini dijalankan secara bersemuka.

Katanya, pada masa sama, platform maya turut membolehkan SPRM mendekati kumpulan sasar bagi menyampaikan mesej antirasuah meskipun negara kini sedang berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung pandemik.

“Peringkat awal, sebanyak 13 negeri serta tiga Wilayah Persekutuan akan mula berentap bermula 1 Julai hingga 16 Julai ini dan juara bagi setiap negeri layak untuk ke peringkat akhir iaitu pada 17 Julai ini.

“Pemenang pertandingan bakal membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM20,000 yang mana juara akan membawa pulang wang tunai RM5,000, diikuti naib juara (RM3,000) dan tempat ketiga (RM2,000).

“Bagi tempat keempat pula, pemenang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 dan Top 8 (RM700); Top 16 (RM375) serta Top 32 (RM200),” katanya.

Katanya, SPRM FIFA 21 Challenge yang bakal disertai 2,048 atlet e-sukan itu akan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi Team Haq Esports Club dan SPRM Community.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

340
Kongsi :
Previous post ATM mampu sumbang perubatan, kesihatan sekiranya diperlukan
Next post Lelaki ditangkap cuba pecahkan mesin CDM guna ‘absorber’
Ubah saiz-+=