COVID: Kes baharu kembali meningkat dengan 5,244 kes hari ini- KP Kesihatan

Masa Membaca:40 Saat

 

KUALA LUMPUR 23 Jun – Kes baharu COVID-19 di negara ini kembali meningkat kepada 5,244 kes selepas dua hari berturut-turut merekodkan bawah angka 5,000.

Menerusi perkongsian di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perangkaan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 501 kes berbanding 4,743 kes, semalam.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 711,006.

Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 2,001 kes diikuti Negeri Sembilan (677); Sarawak (577); Kuala Lumpur (531); dan Johor (282).

Pahang pula mencatat 245 kes, Kedah (189), Melaka (180), Sabah (129), Pulau Pinang (159), Kelantan (81), Labuan (77), Perak (75), Terengganu (27); Putrajaya (13); dan Perlis hanya satu kes.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

554
Kongsi :
Previous post Pekerja warga Thailand maut diserang gajah
Next post Menara Taming Sari sedia beroperasi semula
Ubah saiz-+=