Sorting by

×

Mayat hampir reput ditemui dalam semak

Masa Membaca:39 Saat

JERTEH, 21 Mei  — Mayat seorang lelaki yang hampir reput ditemui di dalam semak di Kampung Balik Bukit di sini, petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Abdul Rozak Muhammad berkata polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu kira-kira pukul 6.44 petang.

Beliau berkata mayat dipercayai seorang lelaki kurang siuman dikenali sebagai Sek Chee Chuan, 50, ditemui dalam keadaan terlentang pada jarak 100 meter dari jalan utama.

“Ketika ditemui, mayat tersebut dalam keadaan memakai baju t-shirt berwarna hijau, tidak berseluar dan berselipar biru. Lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia kira-kira lima hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abdul Rozak, ahli keluarga mangsa telah dimaklumkan untuk membuat pengecaman dan mayat tersebut dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat.

— BERNAMA

Views:

677
Kongsi :
Previous post Larangan rentas negeri, kenapa masih berdegil?
Next post Penghantar makanan juga petugas barisan hadapan – Zuraida
Ubah saiz-+=