‘Sidang DUN jangan cerita dulu’ – Sulaiman
AYER KEROH 18 Jun – Melaka belum memperincikan mengenai tarikh untuk membuka persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
“Sidang DUN kita kita jangan cerita dulu, kita cerita selepas darurat ini diangkat.
“Selagi tak angkat kita pun tak tahu lagi,” katanya ringkas pada sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama yang disiarkan secara langsung dari Seri Negeri di sini hari ini.
Parlimen tidak bersidang susulan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 11 Januari lalu telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara hingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif untuk membendung wabak COVID-19.
Bagaimanapun baginda pada 24 Februari lalu bertitah, bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TAHUN MELAWAT MELAKA DITERUSKAN HINGGA 2026
SERI NEGERI 27 Disember - Tahun Melawat Melaka dilanjutkan hingga 2026 selaras dengan pemilihan negeri ini sebagai tuan rumah Hari...
MEMANGKIN PEMBANGUNAN TERANCANG, MEMBINA MASA DEPAN GEMILANG TEMA BAJET 2025 NEGERI MELAKA
SERI NEGERI 27 Disember - 'Memangkin Pembangunan Terancang, Membina Masa Depan Gemilang' diangkat menjadi tema Bajet 2025 Negeri Melaka. Ketua...
SEWA DRON HARGA BERPATUTAN BANTU PESAWAH MELAKA
SERI NEGERI 27 Disember - Pengusaha tanaman padi seluruh Melaka kini boleh menyewa dron pada harga berpatutan menerusi perkhidmatan yang...
TMM2024 CATAT PENDAPATAN RM12.688 BILION, TARIK LEBIH 13 JUTA PELANCONG SETAKAT NOVEMBER
SERI NEGERI 27 Disember - Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) berjaya merekodkan keuntungan atau pendapatan sebanyak RM12.688 bilion menerusi kehadiran...
500 BELIA DILANTIK SUKARELAWAN TMM2024
SERI NEGERI 27 Disember - Seramai 500 anak muda telah dilantik sebagai sukarelawan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) menerusi Bahagian...
MELAKA TERIMA PELABURAN TINGGI DARI TIGA NEGARA
SERI NEGERI 27 Disember - Melaka mencatatkan nilai pelaburan tinggi dari tiga negara iaitu Belanda, Hong Kong dan Jepun, bagi...