Jom salur sumbangan Tabung COVID-19 Negeri Melaka- Sulaiman
SERI NEGERI 18 Jun – Melaka mengalu-alukan semua pihak sama ada syarikat korporat, firma swasta atau individu perseorangan untuk menghulurkan sumbangan kepada Tabung COVID-19 Negeri Melaka.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, sumbangan kepada tabung itu akan digunakan sebaiknya untuk membantu meringankan beban rakyat negeri ini yang terkesan sejak pandemik COVID-19 melanda.
Katanya, bantuan tersebut boleh disalurkan melalui cek atau EFT (pemindahan dana elektronik) kepada Bendahari Negeri atau Pegawai Kewangan Negeri Melaka menerusi akaun Maybank Islamic 554026000401 (Bendahari Negeri) dan akaun Maybank Islamic 554110500466 (Pegawai Kewangan Negeri Melaka).
Jelasnya, bagi sumbangan secara EFT, penyumbang diminta memastikan bayaran sumbangan yang dibuat dengan menyertakan COVID19/Nama penyumbang/nombor telefon dan notifikasi sumbangan boleh diemelkan kepada [email protected].
“Pihak Bendahari Negeri akan mengeluarkan resit rasmi dan sumbangan tersebut layak mendapat potongan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya dalam pengumuman khas Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama yang dipancarkan secara langsung dari Seri Negeri, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SENI MINIATUR PAPAR KEHIDUPAN KOTA MELAKA ABAD KE-15
BANDA HILIR 28 Disember - Lebih 30 seni miniatur yang memaparkan elemen sejarah, budaya dan tradisi Melaka dipamerkan kepada orang...
‘POCKET EVENT’ MENARA TAMING SARI GAMIT LEBIH 1,000 PENGUNJUNG
BANDAR HILIR 28 Disember - Program 'Pocket Event 2024' anjuran Menara Taming Sari berjaya menarik perhatian lebih 1,000 pengunjung. Beberapa...
PERUBAHAN PORTFOLIO, BUKAN ROMBAK EXCO – KM
SERI NEGERI 27 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, akan melakukan perubahan portfolio dalam kalangan Exco...
MENDIGITALKAN BECA MELAKA
SERI NEGERI 27 Disember - Pengurusan beca Melaka akan menjalani transformasi digital bertujuan menambah baik perkhidmatan berkenaan yang merupakan antara...
BAJET MELAKA 2025: DISKAUN 10 PERATUS CUKAI TANAH
SERI NEGERI 27 Disember - Sebagai galakan kepada pembayar cukai serta meningkatkan kutipan hasil tanah, Kerajaan Negeri mengumumkan diskaun kepada...
PROGRAM PELANCONGAN LEBIH ‘RANCAK’ SEPANJANG 2025
SERI NEGERI 27 Disember - Lebih banyak program pelancongan berskala besar akan dianjurkan sepanjang tahun hadapan, sekali gus memeriahkan lagi...