
Melaka agih 3,000 tablet bantu anak asnaf hadapi PdPR
SERI NEGERI 18 Jun – Kerajaan Melaka akan mengagihkan 3,000 tablet pembelajaran bagi membantu anak-anak dari golongan asnaf dan penerima bantuan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menghadapi sesi Pengajian dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, insentif dengan peruntukan berjumlah RM3 juta itu akan turut disertakan bersama langganan internet selama setahun.
Katanya, bantuan berupa pemberian secara ‘one-off’ RM1,000 untuk alat pembelajaran itu akan diberikan kepada keluarga asnaf yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak di bawah tanggungan yang masih bersekolah atau menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
“Peruntukan ini akan membantu 3,000 pelajar asnaf bagi meneruskan pembelajaran di rumah dengan selesa dan sekali gus mengelakkan daripada keciciran dalam pelajaran,” katanya dalam pengumuman khas Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama yang dipancarkan secara langsung dari Seri Negeri, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...