Sorting by

×

Sejahtera Bersama: Pakej rangsangan RM174.53 juta, 60 inisiatif bantu rakyat Melaka

Masa Membaca:59 Saat

SERI NEGERI 18 Jun – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, hari ini, membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021 yang merupakan pakej bantuan ekonomi dan inisiatif bagi membantu rakyat Melaka berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Dengan tema Sejahtera Bersama, pakej bantuan yang diumumkan itu disifatkan cukup berbeza memandangkan pakej bantuan kali ini lebih bersifat inklusif dan komprehensif merangkumi bantuan untuk keseluruhan masyarakat negeri Melaka dan pihak industri tempatan.

Sulaiman berkata, pakej bantuan yang dibentangkan itu juga akan memastikan tiada pihak yang terpinggir dalam menerima bantuan.

Jelasnya, sebanyak RM174.53 juta telah diperuntukkan untuk menjayakan pakej rangsangan tersebut dengan menyediakan 60 inisiatif yang dapat menjaga kebajikan rakyat negeri ini khususnya.

“Peruntukan ini akan disalur melalui pelbagai jabatan dan inisiatif yang disediakan. Ada inisiatif sedia ada dan ada juga inisiatif baharu yang akan kita umumkan.

“Jika dicampur bantuan 1.0 tahun lalu sebanyak RM21.45 juta, ia menjadikan nilai keseluruhan pakej bantuan yang disediakan kerajaan negeri kepada rakyat Melaka kini mencecah RM195.98 juta,” katanya dalam pengumuman khas Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama yang dipancarkan secara langsung dari Seri Negeri, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

490
Kongsi :
Previous post Melaka umum Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021 Sejahtera Bersama
Next post Nelayan, pengawal keselamatan, pengusaha kedai gunting dan TASKA Melaka terima bantuan RM350
Ubah saiz-+=