
Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021 fokus ekonomi rakyat dan kapitalis
GAPAM 17 Jun – Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021 yang akan diumumkan pagi esok memfokuskan bagi memperkasa ekonomi dalam pasca penularan COVID-19.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali berkata, secara ringkas pakej yang bertemakan ‘Sejahtera Bersama’ berlandaskan dua struktur iaitu ekonomi kepada rakyat dan ekonomi kepada negeri yang mempunyai kesinambungan perlu dirancakkan.
“Inisiatif ini lebih menjurus kepada dua perkara iaitu ekonomi kepada rakyat di mana kita sudah memberi inisiatif yang sama seperti ini dan akan dijalankan.
“Seterusnya adalah penumpuan terhadap ekonomi kapitalis di mana ekonomi ini untuk rakyat dan bagaimana cara kita merancakkan lagi semua sektor ekonomi di Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas melakukan tinjauan Sekatan Jalan Raya (SJR) membabitkan empat lokasi di Alor Gajah dan Jasin hari ini.
Esok, Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021 akan disampaikan beliau pada Perutusan Khas secara langsung di atas talian di laman Facebook tepat jam 9.30 pagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...