
Infrastruktur kawasan pelancongan ditambah baik
BANDARAYA MELAKA 8 Julai – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menambah baik infrastruktur kawasan tumpuan pelancong selaras dengan pembukaan semula sektor pelancongan domestik di negeri ini.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, ia termasuk menambah baik perkhidmatan asas dan kemudahan infrastruktur bagi kemasukan pelancong domestik ke Melaka.
“Baru-baru ini satu lawatan tapak bersama wakil Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka diadakan bagi menyusun serta mengecat semula petak parkir beca di lokasi tarikan pelancong.
“Ini bagi memastikan supaya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dapat diaplikasikan kepada pengusaha beca dan pengunjung,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).
Lawatan tersebut dihadiri Setiausaha Persatuan Beca Kebajikan Suhaimi Ismail bagi membincangkan operasi beca di sekitar Bandaraya Melaka.
Untuk rekod, terdapat empat hab beca sekitar Bandaraya Melaka Bersejarah iaitu Stadthuys(Bangunan Merah), Medan Samudera, Menara Taming Sari dan hadapan Muzium Rakyat.
Kira-kira seramai 300 pengusaha beca telah mula beroperasi di sekitar Bandaraya Melaka.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA LAKAR LEBIH 90 KEJAYAAN DALAM TEMPOH DUA TAHUN
AYER KEROH 18 Mac - Tanggal 31 Mac depan genap dua tahun Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diberi amanah...
SISA PEPEJAL MENURUN, SISA MAKANAN MENINGKAT DI TAPAK PELUPUSAN
AYER KEROH 18 Mac - Jumlah sisa pepejal yang dilupuskan di tapak pelupusan sampah seluruh negara menunjukkan penurunan sebanyak 2.7...
MELAKA UMUM 2 INISIATIF KHAS AIDILFITRI
AYER KEROH 18 Mac - Dua inisiatif khas disediakan Kerajaan Negeri bagi meringankan beban rakyat dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri...
REZEKI ANAK DAPAT BAJU RAYA PERCUMA
Oleh: Azwani Mohammad PENGKALAN BATU 18 Mac - Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat 210 anak-anak fakir, miskin dan yatim...
BAYAR ZAKAT BERSEMUKA MASIH JADI PILIHAN
PENGKALAN BATU 18 Mac - Kaedah pembayaran Zakat Fitrah menerusi amil tetap menjadi pilihan umat Islam di negeri ini meskipun...
PERMAINAN VIDEO ROBLOX INSPIRASI PERKAMPUNGAN HANG TUAH
DUYONG 18 Mac - Melaka International College of Science And Technology (MiCoST) kini dalam usaha membangunkan permainan video berbentuk animasi...